Nama penuh MRT is Mass Rapid Transit. Dalam satu journey boleh masuk estimately around 1200 passengers. Ramai la… Journey dia dari Sungai Buloh ke Kajang. Kalo tak silap ada 31 stesen in between tu estimately around 5+ KM. Rasanya~ p la google. Tak ingat la. Sekali imbas je baca kat screen TV dalam feeder bus. Tapi yang open sekarang hanyalah Sungai Buloh ke Semantan. Yang ke Kajang around mid next year.
—————————–
1st Day:
Stesen Surian -> Stesen Mutiara Damansara.
Kesah nya nak p lunch je kat Sunway Giza, memang takde plan pun. Nak tukor CIMB card, offline~ suh tukor nya kemain! Tengah makan tu mai idea nak try MRT yang baru sehari kot berjalan. Lagi-lagi cite nya free ride. Perghh… Join the hype la kami.
Stesen MRT depan Giza is Stesen Surian. Stesen Kota Damansara yang depan Hospital Tropicana, hokey… Jangan terpedaya. Mohon.
Our first trip smooth je… we pun sangat la excited… Tak ramai orang pun dalam train. Kami dengan gaya cik kiah senah yang sangat selekeh aboard the MRT ke Stesen Mutiara Damansara which took us dalam 2minit je! 2MINIT! I repeat… 2minit! Leisure gila!
Since Stesen Mutiara Damansara stop dekat Surian Tower, kena menapak gak la nak masuk The Curve. Takde hal bro! Tapi, kalo hujan agak lencun gak la… Macam semalam. Pedehal, bawak je la payung kalo hujan. Kalo xde, p beli kat Daiso, RM5.30 including GST. Hahahaa…
Macam biasa, aku tengok ada orang dok park motor kat tempat parking OKU. Sivik guys… Sivik… So, untuk berbaik sangka, kami assume je owner motor-motor tu OKU.
Balik dari The Curve, we tried the feeder bus yang dok dekat Stesen Surian tu. Feeder bus ni tugas nya yang macam aku paham is jalan pusing dalam taman-taman or kawasan yang lagi mendalam berbanding the usual RapidKL. Yang aku paham laa.. Jgn la percaya sangat sbb pemahaman aku ni kadang-kadang tak berfakta pun.
Campur dengan baru lepas hujan, berkabus… Fun kot! Lagipun the staffs; MRT staffs dan feeder bus driver were helpful, bagitau kami information yang kami nak tau.
Feeder bus dan MRT are free sebulan, so sampai around dalam 16/01/2017. Pastu caj la… Ingat PakJib nak bagi korang naik free forever ke? Feeder bus fix price is RM1.
abaikan muka macam tak mandi tu. Siap pakai spec! Nerd gila.
2nd Day :
Stesen Kota Damansara -> Stesen Pusat Bandar Damansara -> Desa Sri Hartamas (feeder bus) -> Stesen Bandar Utama -> Sambal Hijau, Kg. Penchala (feeder bus)
Parked kete depan D’Shire sbb feeder bus lalu situ untuk ke stesen. Plan dari Kota Damansara nak p makan kat TTDI, tapi dah masuk stesen tetiba tukar idea nak ke Publika. Kemon… Free kot. Pedehal… Free.
Nak ke Publika, we kena guna feeder bus dari Stesen Semantan bukan Stesen Pusat Bandar Damansara. But, kesah nya dalam keterujaan tu kami salah turun stesen dan juga sebab tak familiar trip feeder bus lalu kawasan memana. So, kami makan angin je la dalam bus. Bus yang kami naik ni lalu Desa Sri Hartamas, The H, OldTown sume tu. Lalu Pusat Sains Negara, ada dinosaurs weyh… Aku jakun yang amat! Dinosaurs!
The pro kami salah trip ni, kami jumpa a group of senior citizens auntie uncle yang ramah gila. Tetiba kami jadi tourist guide tak berbayar. Dalam feeder bus depan One Utama pun de old uncle yang ramah. These kind of things remind us betapa multi-racial nya Malaysia is dan we all live peacefully with each other despite berbeza religions, races and cultures.
Sebab kami dah lapar plus salah naik bus, the idea changed again. Tu untungnya free ride. Kami bawak RM18-RM20 je. Kahkahkah… Sebab dari morning run sbnar nya.
Impromptu gak ni. So belek route map, tengok de ke Kg.Penchala. Pe lagi… Sambal Hijau la… Berbekalkan RM18 dan baju sukan. Hahahaa…
Nak ke Sambal Hijau, turun Stesen Bandar Utama, amek feeder bus yang menuju ke North TTDI. Dia stop betul-betul depan Sambal Hijau tu. Balik pun tunggu feeder bus kat situ. Sat je tunggu… Tak sampai 10minit pun.
Tapi today MRT cam de hiccup sikit. Dia stop lama gila tak gerak-gerak dekat Stesen Bandar Utama tu. Aku dahla ngantuk. Penat. Dah jalan, dia stop lelama lagi dekat Stesen Damansara Mutiara. Pasaipa ntah. Hiccup. De la couple senior citizen yang kena berdiri macam kami. Kesian kot. Yang lelaki muda-muda kami tengok duduk je buat tak nampak uncle ngan auntie tu. Kami tunjuk depa dgn harapan dia bgn offer seats kat uncle auntie, dia tutup muka! Perghh… Takde teloq!
Again, here… I honestly remind you guys to be more ‘beretika’. Tak salah offer seat pada yang lagi tua or even pregnant ladies. Kot ye pun tak belajar sivik dulu, simpan sikit adab tu untuk masa depan. Juga tertakluk pada parking untuk OKU. Kamon…
And also, gently reminder, please be careful. Tadi depan kami nyaris de yang tersepit pintu train. Ni bukan lift/elevator yang boleh tahan closing door pakai tangan acah-acah hero drama korea. Bahaya weyh. Bila dia bunyi nak tutup pintu, tolong jangan hulur tangan ke nak lompat keluar dari train ke. Takyah. Takyah. Kalo betul-betul tersepit tadi, mau aku yang trauma setahun.
Akhir kata, kita tengok la betapa lama orang dok excited nak naik MRT ni. Pasni aku nak buat FoodHunt pakai MRT ni. Hahaahahaa….
P try. P. Shoo. P try.