AWAK, BILA NAK KAWEN?

Kawen bila sudah bersedia,

Bukan asbab trend, mahu pun sebab member-member sume dah kawen.

Kawen bila jodoh itu milik kita,

Bukan asbab usia meningkat, orang mengata, member-member kelek anak.

Jodoh, kawen, anak… Rahsia Tuhan. Kerja Allah. Rancangan-Nya.

Siapa kita nak pertikai? 

Sibuk nak buat kerja Tuhan, takde keja sangat la tu~ aku de kerja nak suh kalo kome takde kerja sangat… Tolong prepare dinner untuk aku plss….

“Ahh… Harap muka je cun, tapi tak laku”

“Sekolah je tinggi-tinggi pandai-pandai, tapi takde orang nak”

Hamboii, kemaen… Cepuk kan baru tau. 

Tau la aku tak laku. Eh? Hahaha…

Pernah juga risau. Pernah juga frust.

Tapi, pernah juga member aku cakap,

“Kawen bukan penyelesaian. Kawen bukan tanda akan bahagia selamanya. Orang kawen pun cerai~”

Jadi, mohon. 

JANGAN SIBUK PERTIKAI KERJA TUHAN.

P main jauh-jauh pls.

Atau….

Tolong masakkan aku dinner. Aku teringin nasi goreng daging. Kurang masin plsss…