ADA APA DENGAN DAPUR

Jejak kaki di dapo umah di kampung, disambut suara mak bernada kelam kabut cakap kat bapak aku betapa rugi nya bapak aku lambat datang dapur…

“Benda nya~” Bapak aku tanya. Aku dah saspens. Pebenda yang aku pun ter’miss’ tengok? Ada Apa Dengan Dapur?

“Rugi lambat tak tengok mak goreng sayur dalam kuali”

😒😒😒😒😒😒😒😒😒

Biar bonar.

Dan itu adalah kuali yang baru beli dari CJ Wow Shop last week.

My mom is awesome!

😍😙😙

LOQLAQ IS HEREDITARY

Mak siram pokok2 orked beliau dimana ‘rumah’ pokok nya bersebelahan bilik aku.

Duduk ataih bed, aku try sergah mak aku ikut tingkap. lantas disiramnya aku dengan air yang bercucuran dari getah paip oren.

Lencun woi bed aku. Ipad aku pun mandi gak sekali. Aku ingat asbab mak aku terkejut.

“Mak sengaja….”

Selamba dia tuh.

Aku dah tau dah perangai loqlaq aku datang dari mana.

BLACKOUT I

Satgi nak p mesejid. Ada forum perdana (hopefully aku tak tidoq).

Baru nak pkai pashmina aku (eceehhh… kerek…hahahha), blackout.

“Weyh, nak dok dalam bilik ko. Bilik aku panas gelap takdak api.”

Dengan pantas aku menerjah bilik adikku. Langsung lupa amaran bapak aku tentang mintak izin dan jaga privacy.

“Beruk benda… bukan bilik mung seblah bilik aku, serumah dengan aku?”

Eh?

Tudung Pashmina? Kira kun fayakun je laa… Apa yang jadi, itulah hasil nya.

image
Percubaan selfie dalam gelap

COUSIN KEMAMAN

Hari ni balik kampung lagi. Kezen side Kemaman kawen sabtu ni. Banyak side tak aku? Siap side ikut daerah.

Kan tak p, kata lupa asal-usul tak ingat anak-beranak sepupu-sepapat…

eh, tipu.

Sedara aku senonoh, depa tak kata cmtu.

Aku acah je.

Depa baik weyh.

BUKU SELFIE yang mencurigakan

Tadi siang ku gagah ke Borders, The Curve cari bahan pembacaan yang baru bagi menangkis dan mengisi minda aku yang makin menipis ilmu nya.

Dalam keralitan aku menelaah tajuk dan isi (aku tekad nak baca buku-buku indie hari ni), ada satu buku yang maybe la terlalu ‘indie’ sampai aku terkujat heart attack 5minit dekat situ.

Otak aku tak percaya buku sebegini wujud.

WUJUD!

Isi terlalu ‘ilmiah’ mungkin. Setiap muka buku penuh dengan selfie seorang lelaki. Lelaki yang SAMA buat pengetahuan semua berserta kata-kata ‘pujangga’ yakni status fesbuk dan twitter beliau. Bagi menaikkan kredibiliti beliau, kat bawah tu ada tulis berapa ‘like’ ngan ‘share’…

Kamon man…

This is so wrong…

Aku tak pernah jumpa lelaki yang over selfie sebegini. Ok, selain KPop. Tapi depa visual idols… diulang… IDOLS… Discriminasi sangat aku kan… memang pun! Rerasa la even depa pun takde terbitkan buku selfie wefie sendiri melainkan untuk album jacket mungkin?

This is so wrong, man…

Kapitalis sangat ni… tanpa mengira ada isi dan ilmunya.

This is so wrong…

p/s : 2PM, mohon terbitkan buku selfie!

Ini adalah pembaziran dimana pokok ditebang hanya untuk menghasilkan buku yang… *mengucap*…

Speechless

ADA APA DENGAN CINTA II

Dulu,
Aku letakkan kebergantunganku pada manusia,
Bahagia? Tenang?
Jiwa itu tergantung sendirian tak bertepian…

Jeritku, tangis itu…
Adakah tinggal parutnya di hati kalian?
Dan angkuhnya kau persoalkan tentang ikhlas dan hati?

Ikhlas itu bukan mudah…
Kerna wujudnya cuma dirasa…
Hati yang menyapa, mata buta memandang…

Tika ikhlasku tebal dengan sayang,
Tuhan dan malaikat saksi dudukku menangis di sejadah,
Aku sujud merayu agar ikhlas itu pergi, jauh dari hati…
Dan tutupkanlah hati itu.

Kali itu,
Jatuhku terlalu dalam,
Pedih sakit terlalu amat,
Ikhlasku jadi taruhan permainan,
Aku gagal bangkit berdiri bertahan,
Qiamku berderai, aku jatuh ke tanah…

Demi nama Allah bersaksikan nama Muhammad…

Detik itu… aku menangis mohon keredhaan,
Dipadamkan segala ingatan,
Takdirku diserahkan atas nama-Nya,

Dan atas nama-Nya,

Ikhlas itu telah tiada.

ADA APA DENGAN CINTA I

Apa rasional nya ikatan andai tautannya tiada?

Kan…
Kan…
Jiwang kan…

Mari bicara tentang jiwa… Mari kita diskusi tentang cinta…

Love… is the feeling that your heart is going to burst just at the thought of it… わかろ?

Depa kata aku tak pernah jatuh cinta… i never feel what is the real love… Have i?

Teman pun tatau la chor…
Hati teman pernahla sakit, jiwa teman terluka…

Tapi, teman tatau jika itu cinta…
Bagi teman, itu cinta.
Tapi apa guna nya cinta kalau terseksa?
Apa guna cinta kalau tautan nya buat hati terluka?

Cinta itu kompromi.

Cinta itu hati.